IPA

Lawatan Pembelajaran ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Lawatan Pembelajaran ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada 25 Oktober 2025, seramai 36 pegawai dan kakitangan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah mengadakan lawatan pembelajaran ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Lawatan berkenaan merupakan salah satu aktiviti Sumber Manusia IPA yang bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam kepada khazanah ilmu dan warisan Islam.

Antara objektif lawatan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai sejarah dan sumbangan tamadun Islam, memperkukuh kefahaman terhadap konsep Maqasid Syariah dan aplikasinya dalam perkhidmatan awam, menggalakkan pembelajaran reflektif dan amalan berasaskan nilai Islam dalam tugas harian dan memupuk silaturrahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga IPA.

Dengan adanya lawatan pembelajaran ini, diharap peserta akan lebih memahami nilai-nilai Islam dan kaitannya dengan etika kerja perkhidmatan awam di samping mengukuhkan penghayatan Maqasid Syariah dalam budaya kerja berintegriti dan beramanah.

Scroll to Top