


Sesi Perjumpaan Bersama Human Resource Development Ambassador (HRDA) dan Penyelaras Latihan (TC) Kementerian dan Jabatan 2026
Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah menganjurkan Sesi Perjumpaan bersama Human Resource Development Ambassador (HRDA) dan Penyelaras Latihan (TC) yang melibatkan wakil-wakil daripada Kementerian, Jabatan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta syarikat swasta yang diadakan selama dua (2) hari secara berasingan, iaitu pada 8 dan 9 April 2026.
Sesi perjumpaan bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, kepercayaan serta jalinan kerjasama strategik antara IPA dan Kementerian/Jabatan di samping memperkukuh komitmen bersama dalam usaha pembangunan modal insan Perkhidmatan Awam yang berkesan dan lestari. Sesi ini juga adalah untuk mempersiapkan tenaga kerja Perkhidmatan Awam dan memperkukuh keupayaan institusi dalam menghadapi kesan automasi melalui galakan dan peningkatan kemahiran digital, kebolehsuaian dan budaya pembelajaran berterusan.
Seramai kira-kira 200 orang peserta telah menghadiri sesi setengah hari ini.
Sesi termasuk perkongsian mengenai “Future of Work: Preparing the Workforce for Automation – Building a Future Ready Public Service” dan juga taklimat berhubung Program Pembelajaran dan Pembangunan IPA bagi tahun 2026/2027.
Sesi konsultasi antara IPA dan jemputan yang hadir turut diadakan yang memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program latihan, proses pencalonan, sistem pengurusan pembelajaran serta kemudahan yang disediakan oleh IPA. Pendekatan ini juga membolehkan maklum balas secara langsung dikumpulkan bagi penambahbaikan berterusan.

