IPA

Ramadhan Talk Series 2026

Ramadhan Talk Series

Program signature IPA “Ramadhan Talk Series” pada kali ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai transformasi perkhidmatan awam melalui perspektif Maqasid Syariah, khususnya dalam menyokong Wawasan Brunei 2035.

Diadakan di Institut Perkhidmatan Awam berbentuk ceramah dan forum, ia turut menekankan kepentingan memupuk budaya organisasi yang berakauntabiliti dan inklusif, menjadikan Maqasid Syariah sebagai kerangka panduan dalam pembangunan dasar dan perancangan strategik, serta menggalakkan pembuatan keputusan yang beretika dan berintegriti.

Program setengah hari ini juga menegaskan peranan prinsip-prinsip tersebut dalam mempertingkat tadbir urus dan mencegah salah laku dalam perkhidmatan awam.

Scroll to Top