IPA

Brunei ELP in Dubai

Brunei Executive Leaders Programme (BELP) di bawah Government Experience Exchange Programme (GEEP) dan Global Government Leadership Programs (GGLP) dengan kerjasama Government Experience Exchange Office (GEEO) Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Brunei Executive Leaders Programme (BELP) di bawah Government Experience Exchange Programme (GEEP) dan Global Government Leadership Programs (GGLP) dengan kerjasama Government Experience Exchange Office (GEEO) Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dilaksanakan bermula Oktober 2024 sehingga 24 Februari 2025 yang lalu secara hybrid melalui Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Penganjuran BELP ialah berikutan Perjanjian Kerjasama dua hala mengenai pemodenan kerajaan telah ditandatangani antara kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada perkongsian pertukaran pengalaman kerajaan pada Februari 2024.  Negara Brunei Darussalam telah diundang sebagai ahli negara ASEAN pertama untuk menyertai program berkenaan. Seramai 28 orang pegawai kanan kerajaan yang telah terpilih untuk mengikuti program ini telah menghadiri majilis pengijazahan program pada 10 Februari 2025 di Dubai yang mana turut berangkat ialah His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, UAE Vice President, Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai.

GGLP ini turut disertai oleh 244 pemimpin kerajaan di seluruh dunia dari 33 negara di seluruh dunia yang mengikuti 11 program antarabangsa untuk program kepimpinan dan pembinaan kapasiti dalam GEEO programs.

Pada masa yang sama, pegawai-pegawai berkenaan turut menghadiri World Governments Summit yang diadakan pada 11-13 Februari 2025

Scroll to Top