IPA

Introduction

Surat-menyurat merupakan proses yang lumrah dalam pengurusan dan pentadbiran seharian perkhidmatan awam kerana persuratan adalah salah satu alat perhubungan utama di antara sebuah Jabatan / Kementerian dengan Jabatan / Kementerian lain; Jabatan / Kementerian dengan orang ramai (awam) dan orang ramai dengan Jabatan / Kementerian. Penggunaan jenis-jenis persuratan yang betul perlu diselaraskan dan sentiasa diikuti mengikut panduan Tatacara Perhubungan Persuratan Dalam Sistem Berkementerian yang telah ditetapkan melalui Surat-Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil. 4/1985 dan Bil. 15/1987.

Demikian juga kekeliruan dalam penyediaan beberapa bentuk borang surat rasmi dan kesalahan-kesalahan umum dalam format penulisan termasuk dari segi penggunaan kata-kata dan ungkapan-ungkapan bahasa yang sesuai perlu diatasi. Kesilapan dan kesalahan yang sering dilakukan dalam penulisan surat rasmi boleh menjejaskan imej sesebuah Kementerian atau Jabatan.

Learning Outcome

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • mengaplikasikan format surat rasmi yang digunakan di dalam perkhidmatan awam.
  • menggunakan jenis-jenis surat rasmi yang betul.
  • memperbaiki beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan semasa menulis surat rasmi.

Key Topics

Key topics include:

  • Pengenalan Persuratan Rasmi Kerajaan
  • Ciri-Ciri dalam Format Surat Rasmi
  • Penggunaan ungkapan khusus dalam Surat Rasmi
  • Teknik / Kaedah Penulisan
  • Kesalahan-kesalahan umum 
  • Tatacara Perhubungan Persuratan dalam Sistem Berkementerian
  • Gaya dan Tatabahasa yang betul
  • Terasul (Bahasa Pengganti Diri)

Duration

 1/2 Hari | 4 Jam

Target Participant

  • Executive Services 2 (ES 2) – Bahagian II: B3 | B2
  • Executive Services 3 (ES 3) – Bahagian III: C3 | C2 | C1
  • Non- Executive Services (Non-ES) – Bahagian IV | V

Pre-Requisite

N/A

Language

Bahasa Melayu

Methodology

The course will be delivered using:

  • Klinikal

Assessment Methods

N/A

Scroll to Top