IPA

Introduction

Rangka Kerja kompetensi adalah satu struktur yang jelas yang menggambarkan pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran sama ada asas, teknikal atau profesional yang diperlukan dalam memainkan peranan dan tugas dalam organisasi dengan berkesan.  Ia memberikan panduan kepada individu dan organisasi mengenai apa yang diharapkan dalam mendokong prestasi dan perkembangan peranan dalam pekerjaan. Rangka kerja ini digunakan untuk meningkatkan pembangunan, penilaian prestasi, dan perancangan kerjaya dan pengurusan sumber manusia keseluruhannya.

Kursus ini memberi pengenalan dan kefahaman kepada konsep, penilaian, pengurusan dan laporan pembangunan kompetensi asas dalam konteks Perkhidmatan Awam dengan memberikan fokus kepada Rangka Kerja Kapabiliti Perkhidmatan Awam (Public Service Capability Development Framework – PSCDF) sebagai kaedah menilai keupayaan individu bagi mendokong pembangunan individu dan organisasi dan pengurusan sumber manusia yang lebih efektif dan berkesan.

Kompetensi adalah kebolehan, pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas atau pekerjaan dengan berkesan dan cekap. Ia melibatkan gabungan faktor pengetahuan (pemahaman tentang sesuatu bidang atau tugas), kemahiran (keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan baik) dan tingkah laku (tabiat atau sikap yang menunjukkan sikap positif dan profesional dalam menjalankan tugas).

Learning Outcome

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami konsep pembangunan kapabiliti dalam perkhidmatan awam
  • Mengenalpasti Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (PSCDF).
  • Memahami pengurusan, pelaksanaan dan tatacara penilaian

Key Topics

Key topics include:

  • Pengenalan
  • Latarbelakang Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti
  • Pengurusan Keupayaan dan Kompetensi
  • Penilaian Keupayaan
  • Laporan Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam

Duration

 0.5 Hari (4 Jam)

Target Participant

  • Bahagian I (ES1)
  • Bahagian II (ES2)
  • Bahagian III (ES3)

Pre-Requisite

  • Mengetuai Jabatan / Bahagian / Seksyen / Unit; atau
  • Bertugas di dalam unit pengurusan / pembangunan sumber manusia

Language

Bahasa Melayu

Methodology

The course will be delivered using:

  • Ceramah
  • Demonstrasi
  • Kajian Kes
  • Perbincangan

Assessment Methods

N/A

Scroll to Top