IPA

Introduction

Program Jati Diri dan Kepimpinan Diri merupakan satu inisiatif di bawah Institut Perkhidmatan Awam (IPA) bersama Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) dalam mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang telah diadakan pada Khamis, 23 Sya’ban 1444 / 16 Mac 2023.

Program ini menghendaki calon terpilih menjalani ujian medical fitness sebelum mengikuti program.

Learning Outcome

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • membina keyakinan diri secara berpasukan
  • meningkatkan kepimpinan diri dalam kerja berpasukan
  • menangani tekanan melalui perancangan yang rapi dan pengendalian yang terurus
  • meningkatkan komunikasi yang efektif bagi membantu dalam penyelesaian masalah
  • melatih diri di dalam pengurusan masa serta keupayaan untuk menangani perubahan
  • mengaplikasikan kaedah dan teknik berfikir kreatif untuk menjana idea dalam memperbaiki tugasan.

Key Topics

Topik utama termasuk:

  • Pembinaan Amanah
  • Bina Pasukan dan Inisiatif

Duration

4 Hari | 63.5 Jam: 1 Hari di IPA (6.5 Jam) dan 3 Hari 2 Malam di OBBD, Batang Duri (57 Jam)

Target Participant

  • Executive Services 2 (ES 2) – Bahagian II: B3 | B2
  • Executive Services 3 (ES 3) – Bahagian III: C3

Pre-Requisite

N/A

Language

Bahasa Melayu

Methodology

Kursus akan disampaikan menggunakan:

  • Ceramah
  • Perbincangan
  • Demonstrasi
  • Latihan Amali
  • Aktiviti Berpasukan
  • Pembentangan projek

Assessment Methods

N/A

Scroll to Top