IPA

Introduction

Program ini bertujuan untuk menyediakan individu menghadapi perubahan besar dalam kehidupan apabila memasuki alam persaraan. Program ini memberi pendedahan tentang persiapan psikologi, fizikal, emosi, dan kewangan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan fasa persaraan secara lebih berkesan dan bermakna.

Kursus ini membantu bakal pesara menyesuaikan diri dengan perubahan hidup supaya persaraan bukan hanya menjadi titik akhir kerja, tetapi juga permulaan baru yang bermakna dan produktif.

Secara ringkas, kursus ini memberi panduan komprehensif dalam persediaan menghadapi alam persaraan dari sudut psikologi, kewangan, kesihatan dan perancangan masa depan, dengan harapan peserta akan melalui fasa persaraan dengan lebih yakin dan terkawal.

Learning Outcome

Diakhir kursus, peserta akan dapat:

  • persediaan diri dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • perancangan persaraan.
  • peluang-peluang penyertaan dalam bidang perniagaan/ keusahawanan, kemasyarakatan, keagamaan dan sosial.
  • pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
  • pengurusan kewangan.

Key Topics

Key topics include:

  • Persediaan dan perancangan persaraan
  • Memahami apa dia wasiat
  • Memantapkan Kerohanian
  • Peranan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan yang dapat menyumbang kepada persediaan persaraan 
  • Kepentingan penjagaan kesihatan
  • Penglibatan dalam sosio kemasyarakatan
  • Kesedaran Jenayah Siber: Penipuan dalam talian
  • Peluang-peluang keusahawaan dan perniagaan dalam industri petanian, penternakan, perikanan dan perlancongan.
  • Peluang – peluang pelaburan di Negara Brunei Darussalam

Duration

6 hari | 39 jam

Target Participant

  • Senior Executive Services 3 (SES 3) – Superscale A | B | C
  • Executive Services 1 (ES 1) – Bahagian I: Kumpulan 1 | 2 | 3
  • Executive Services 2 (ES 2) – Bahagian II: B3 | B2
  • Executive Services 3 (ES 3) – Bahagian III: C3 | C2 | C1
  • Non- Executive Services (Non-ES) – Bahagian IV | V

Nota: Pegawai dan kakitangan dari semua bahagian (I – V) yang bakal bersara sebelum 10 – 15 tahun persaraan perkhidmatan 50/55 atau 60 tahun

Pre-Requisite

N/A

Language

Bahasa Melayu

Methodology

The course will be delivered using:

  • Ceramah / Taklimat 
  • Perbincangan
  • Demonstrasi
  • Lawatan Sambil Belajar

Assessment Methods

N/A

Scroll to Top