Menangani Perubahan
P/M/26 – 27/SDPCOC/NJ/55
Introduction
Menangani perubahan adalah penting supaya individu dan organisasi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Ia membantu meningkatkan daya tahan emosi dan fizikal, mengurangkan tekanan, serta memastikan organisasi terus berkembang dan berdaya saing. Dengan pengurusan perubahan yang baik, kita dapat menghadapi cabaran dengan lebih berkesan dan mencapai kejayaan jangka panjang.
Kursus ini memberikan peserta pemahaman tentang konsep perubahan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam bidang politik, ekonomi, sosial, teknologi, undang-undang, dan persekitaran (PESTLE). Peserta akan mempelajari jenis perubahan terancang dan tidak terancang, serta proses dan teknik menangani perubahan. Kursus ini juga menekankan persediaan mindset, anjakan paradigma, dan pengurusan konflik dalam menghadapi norma baru dan globalisasi. Dengan pendekatan praktikal dan nilai Islam, peserta akan meningkatkan daya tahan emosi, fizikal, dan mental untuk menghadapi perubahan secara efektif.
Learning Outcome
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengenali perubahan.
- Mengetahui aspek-aspek menangani perubahan dengan baik.
- Mengenal pasti jenis-jenis perubahan yang terancang dan tidak terancang.
- Mengesan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan.
Key Topics
Key topics include:
- Pengenalan mengenai perubahan
- Perubahan dari segi faktor politik, ekonomi, sosio, teknologi, undang-undang dan persekitaran (PESTLE)
- Persediaan menangani perubahan dari segi ‘mindset’, anjakan paradigma, era globalisasi, dunia tanpa sempadan
- Jenis-jenis perubahan terancang dan tidak terancang
- Islam dan perubahan
- Teori dan proses perubahan
- Anjakan paradigma: transformasi minda
- Teknik menangani perubahan
- Menangani konflik dalam perubahan
- Menangani perubahan dalam norma baharu
Duration
3 hari | 19.5 jam
Target Participant
- Executive Services 3 (ES 3) – Bahagian III: C3 | C2 | C1
- Non- Executive Services (Non-ES) – Bahagian IV | V
Pre-Requisite
N/A
Language
Bahasa Melayu
Methodology
The course will be delivered using:
- Ceramah
- Perbincangan kumpulan
- Kes kajian
- Aktiviti
Assessment Methods
N/A