Apa itu K2P2?
Konvensyen Kesetiausahaan & Pembantu Pentadbir, atau K2P2, merupakan anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang telah diadakan selama dua hari iaitu pada 18hb hingga 19hb April 2018 di Pusat Persidangan Antarabangsa.
Konvensyen ini dengan temanya "Transformasi Minda
#FirstClass" antara lain bertujuan untuk merapatkan jurang kompetensi kesetiausahaan dan pentadbiran dalam era digital dan juga mengaplikasikan amalan-amalan terbaik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seharian.
Konvensyen ini disasarkan kepada Setiausaha Sulit, Kerani Sulit, penolong Kerani Sulit, Setiausaha, Penolong Pentadbir dan Penyelia Pejabat serta bidang tugas yang berhubungkait dengan kesetiausahaan.