-
Jika kursus itu berkenaan
dengan tugas dan tanggungjawab dan berdasarkan kepada sokongan dari Ketua
Jabatannya yang mempastikan bahawa bidang-bidang yang diikutinya adalah
bersesuaian.
-
Penyertaan mengikuti seminar /
bengkel / kursus adalah terbuka kepada semua peringkat pegawai dan
kakitangan Kerajaan dalam Bahagian
I hingga V sama ada berjawatan tetap, sebulan ke sebulan, 'open-vote'
atau bergaji hari.
-
Semua Pegawai yang telah di calonkan dan dipersetujui oleh Kementerian/
Jabatan masing-masing untuk mengikuti seminar/bengkel/kursus dalam negeri
adalah diwajibkan hadir pada seminar/bengkel /kursus yang telah ditentukan.
-
Sepanjang tempoh pegawai
berkenaan mengikuti seminar/bengkel/kursus, Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan
hendaklah mengaturkan supaya semua tugas dan tanggungjawab pegawai berkenaan di pangku
atau dijalankan oleh pegawai lain untuk membolehkan pegawai yang dicalonkan
menumpukan sepenuh perhatian kepada seminar/bengkel/kursus yang diikutinya.
-
Permohonan untuk mengikuti
kursus hanya akan dipertimbangkan jika ketiadaan pegawai itu tidak akan
menjejaskan pentadbiran dan perjalanan pejabat.
Pegawai-pegawai yang
mengikuti seminar / bengkel / kursus di Institut ini akan menerima gaji
penuh semasa menjalani seminar / bengkel / kursus.
Elaun perjalanan hanya akan
diberikan kepada peserta yang berulang-alik keluar dari daerah kediamannya
ke daerah di mana seminar/bengkel/kursus diadakan. Elaun ini tidak
melebihi dari BND$20.00 (Dua Puluh Ringgit Brunei) sehari.
Elaun perjalanan yang
dituntut oleh peserta-peserta kursus, pembayarannya hendaklah dikenakan
kepada peruntukan Jabatan masing-masing.
Pegawai-pegawai yang sudah
menerima Elaun Perjalanan Tetap tidak boleh menuntut Elaun Perjalanan bagi
menyertai kursus tetapi mereka bolehlah menuntutnya sebagai Elaun Hitungan
Kilometer.
Semua seminar / bengkel /
kursus "residential" akan ditanggung tempat kediamannya oleh Institut
Perkhidmatan Awam. Bagi seminar / bengkel / kursus bukan residential
setiap peserta adalah bertanggungjawab ke atas tempat kediaman mereka
sendiri. Peserta dari luar daerah di mana seminar / bengkel / kursus
dijalankan boleh memohon tempat kediaman (tertakluk kepada terdapatnya
tempat kediaman) tetapi elaun perjalannya akan ditiadakan.
Semasa mengikuti seminar /
bengkel / kursus seseorang pegawai itu adalah dianggap sebagai cuti
belajar dalam negeri (cuti tanpa catat) dan perkhidmatannya adalah dikira
seperti ia menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Penuh. Hak cuti
tahunannya tidak terjejas.
Sokongan Setiausaha Tetap /Ketua
Jabatan bagi pegawai-pegawai mereka mengikuti kursus di Institut ini
mestilah berasaskan kepada satu rancangan perkembangan tenaga manusia
Kementerian / Jabatan berkenaan dan mengambil kira keperluan latihan yang
tercatat dalam Borang Penilaian Prestasi pegawai berkenaan.
Ketidak-hadiran atau
kegagalan mengikuti sepenuhnya seminar/bengkel/kursus yang ditentukan tanpa
alasan yang munasabah daripada Kementerian / Jabatan masing-masing akan
dicatatkan dalam rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi pegawai berkenaan.
Gaji pegawai berkenaan juga akan dipotong mengikut hari-hari ia tidak hadir
mengikuti kursus tersebut, di samping tindakan-tindakan lain seperti
penahanan bonus tahunan, kenaikan gaji tahunan, sokongan-sokongan memangku,
menjalankan tugas, mengikuti persidangan, simposium, seminar/bengkel/kursus
dalam dan luar negeri, kenaikan pangkat, penetapan dalam jawatan dan
seumpamanya. Tindakan ini akan diambil secara berperingkat-peringkat seperti
berikut:
-
Institut Perkhidmatan
Awam akan meminta penjelasan atau laporan dari Kementerian/Jabatan
pegawai berkenaan.
-
Laporan itu akan dicatat
dalam laporan prestasi kakitangan dan surat amaran akan diberikan kepada
pegawai berkenaan.
-
Bagi ketidak-hadiran atau
kegagalan hadir sepenuhnya bagi kali kedua catatan akan dibuat dalam
rekod perkhidmatannya.
-
Bagi ketidak-hadiran atau
kegagalan hadir sepenuhnya bagi kali seterusnya tindakan yang
bersesuaian akan diambil.
-
Sesuai dengan peraturan ini
juga latihan akan dijadikan sebagai salah satu kriteria utama dalam penilaian
prestasi pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Awam dan dalam mempertimbangkan
pencalonan untuk mendapatkan latihan melalui Skim Latihan Dalam Perkhidmatan
(Seberang Laut).
|
|
|
|
|
|
|