PROGRAM LATIHAN

                    

  PERATURAN AM MENGIKUTI KURSUS DI IPA

1.

Calon-calon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang Kad Pengenalan berwarna kuning.

2.

Pegawai dan kakitangan yang dicalonkan hendaklah dipilih mengikut keutamaan latihan yang diperlukannya dan juga bersesuaian dengan peringkat dan kategori pegawai dan kakitangan yang dikehendaki.

3.

Setiap calon hendaklah mengisi Borang Permohonan Latihan Dalam Perkhidmatan Tempatan dengan lengkap.

4. Borang-borang permohonan yang sudah diisi hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing dan dihantar kepada:
PENGARAH INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM
Institut Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Simpang 256 - 24, Jalan Kampong Rimba
Gadong BE3119
Negara Brunei Darussalam
Tidak lewat dari 2 (dua) minggu sebelum tarikh kursus bermula.
5.

Institut Perkhidmatan Awam berhak mengubah tarikh, waktu dan tempat kursus diadakan.  Institut juga berhak menolak sebarang permohonan.

6. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada peruntukkan dan permintaan.
7. Sebarang pertanyaan mengenai kursus-kursus yang disenaraikan dalam laman ini hendaklah ditujukan kepada pegawai yang bertanggungjawab di unit-unit berkenaan melalui talian faks atau telefon berikut:
Faks              :  +673 (02) 452 209
Telefon Am     :  +673 (02) 452 210; 452 223 - 452 232