TAWARAN PROGRAM LATIHAN ICT
CONVERSION BAGI PENGAMBILAN SESI 2010
Dengan hormat sukacita memaklumkan
bahawa Jabatan Perdana Menteri melalui
Institut Perkhidmatan Awam (IPA), sebuah
agensi yang dipertanggungjawabkan bagi
melaksanakan Program Latihan EG-ICT
Training and Skills Development,
menawarkan Program Latihan ICT
Conversion Sesi 2010 bagi dua sesi
pengambilan, Februari 2010 dan Ogos 2010.
Pengenalan Program
Program ICT Conversion ini adalah
program jangka panjang, kendalian
Institusi-Institusi latihan bertaraf
antarabangsa di negara-negara rantau
Asia Pasifik. Program ini ditawarkan
kepada semua Pegawai-Pegawai yang sedang
berkhidmat dengan Kerajaan yang
mempunyai Ijazah akademik serta
mempunyai kebolehan dan keupayaan yang
tinggi, berkesanggupan untuk
meningkatkan kemahiran dan memperolehi
pengiktirafan-pengiktirafan khusus dalam
bidang Teknologi Info-Komunikasi (
Information Communication Technology -
ICT). Selain dari itu, ianya dihasratkan
untuk meningkatkan bilangan pegawai dan
kakitangan Kerajaan yang berkemahiran
dalam bidang ICT untuk mendokong
strategi dan perlaksanaan insiatif
E-Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan itu,
pegawai-pegawai dari
Kementerian-kementerian dan
jabatan-jabatan adalah dipelawa untuk
memohon ( sekurang-kurangnya DUA
orang pegawai dari setiap
kementerian dan jabatan-jabatan di
bawahnya) dan hendaklah memenuhi
syarat-syarat kelayakan am bagi
menyertai program ini.
Syarat-syarat kelayakan am
- Mempunyai kelulusan seperti
berikut:
a. Ijazah
Pertama dalam mana-mana bidang (kelulusan
lebih tinggi adalah satu kelebihan),
atau:
b. Ijazah
Pertama dalam bidang ICT lebih dari 5
tahun
2. Mempunyai keinginan yang
tinggi untuk meningkatkan kapasiti diri
dalam bidang ICT dan
Teknologi Internet (Internet Technology)
serta mempunyai pengetahuan dan minat
dalam bidang Pengaturcaraan
(Programming) adalah satu kelebihan.
Pemohon
hendaklah memastikan perkara-perkara
berikut:
-
Mengisikan Borang Permohonan:
BORANG PANEL D-2
sahaja kecuali dimaklumkan
sebaliknya. Borang Permohonan
berkenaan boleh dimuatturun dari
laman web rasmi Institut
Perkhidmatan Awam.
-
Melengkapkan borang permohonan
bersama-sama dengan salinan
sijil-sijil, surat-surat akuan yang
lengkap dan diakui sah seperti yang
diperlukan.
-
Mendapatkan sokongan rasmi dari
Setiasuaha Tetap atau Ketua Jabatan.
Permohonan yang tidak mendapatkan
sokongan Setiasusaha Tetap atau
Ketua Jabatan tidak akan di layan.
Muatturun
Borang Panel D2
Borang Panel D2 (dalam pdf format)
Borang Panel D2 (dalam excel format)
Pengembalian Borang
Mengembalikan Borang
Permohonan yang dialamatkan kepada
Pengarah Institut Perkhidmatan
Awam dengan bilangan rujukan:
IPA/KUR/346 tidak lewat
dari hari Khamis, 19 November
2009, jam 4.00 petang
Alamat:
Kaunter Penyambut Tetamu
Aras 1, Institut Perkhidmatan Awam
Simpang 256-24, Jalan Kampong Rimba,
Gadong BE3119.
Keterangan lanjut
Sebarang keterangan
lanjut mengenai tawaran program ini,
pemohon-pemohon bolehlah berhubung
dengan:
-
Awang Haji
Mohammad Saiful Hazmy bin Haji
Yussof, Pegawai Latihan.
Email
saiful.yussof@ipa.gov.bn. Tel:
2452223 (10 talian) sambungan 208.
Faks 2452209/242081
-
Dayang
Asdianah binti Ahmad,
Penolong Pegawai Latihan. Email
asdianah.ahmad@ipa.gov.bn. Tel:
2452223 (10 talian) sambungan 212.
Faks 2452209/2424081
Sebagai makluman lanjut,
pemohon-pemohon yang terpilih bagi
mengikuti program ini akan ditempatkan
di institusi-institusi latihan yang
bertaraf antarabangsa yang mana akan
dimaklumkan kemudian oleh pihak IPA
berserta keterangan lanjut mengenai
jadual dan kandungan program.
Pemohon-pemohon yang terpilih
hendaklah:
- Mengisikan borang-borang
pendaftaran yang dikeluarkan oleh
Institusi-institusi latihan
antarabangsa yang mengendalikan dan
mengiktiraf peserta-peserta program
ini mengikut tarikh/jadual yang
telah mereka tetapkan.
- Memberi sebarang maklumat
sampingan yang diperlukan oleh
Institusi-institusi latihan yang
mengendalikan program ini apabila
diperlukan semasa melalui fasa-fasa
saringan/penilaian sebelum penyertan
diterima penuh;
- Menjalani penempatan bekerja
sementara dalam beberapa tempoh
secara sementara di Pusat Kebangsaan
E-Kerajaan (EGNC) setelah kembali ke
Negara Brunei Darussalam
selepas menamatkan pengajian/latihan.
- Mempersetujui sebarang
syarat-syarat khusus serta
peraturan-peraturan yang ditetapkan
sebelum, semasa dan selepas program
ini dijalankan, oleh pihak-pihak
Kerajaan Negara Brunei Darussalam
dan mana-mana Institusi latihan yang
telah dilantik untuk mengendalikan
program ini.
Tarikh dikemaskini : 29 Oktober 2009
|