11 CIRI-CIRI RUKUN AKHLAK DAN ETIKA KERJA

 

1.       Bersih, Jujur dan Amanah Amalan Mulia.

2.       Cekap, Cepat dan Tepat Tuntutan Kerja.

3.       Titih, Lutanan dan Menghargai masa Asas Kejayaan.

4.       Berilmu,Kreatif dan Innovatif Asas Kebaktian

5.       Beriltizam, Keterbukaan dan Akauntabiliti Mengukuhkan Keberkesanan.

6.       Sabar, Tabah dan Bersopan Santun Amalan Terpuji.

7.       Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing Menambah Penghasilan.

8.       Qudwah dan Qiadah Teladan Kepimpinan.

9.       Setiakawan, Syura dan Bermuafakat Membawa Berkat.

10.     Berjimat Cermat Asas Kemakmuran.

11.     Pemedulian Asas Perpaduan.

 


 

  1.       Bersih, Jujur dan Amanah Amalan Mulia.

11 Ciri

Pekerja yang bersih, jujur dan amanah mempunyai hati yang ikhlas, niat yang baik dan jiwa yang murni. Setiap perbuatan, keputusan dan tindakannya dilaksanakan dengan ikhlas, adil dan saksama. Pekerja yang bersih, jujur dan amanah sentiasa mentaati undang-undang dan boleh diberi kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan sesuatu tugas atau kewajipan walau bagaimanapun sulit dan rahsianya sesuatu tugas atau kewajipan itu. 

Manakala pekerja yang tidak jujur, dengki, khianat, zalim dan tamak haloba akan melakukan berbagai bentuk penyelewengan, mengutamakan kepentingan peribadi, selalu merungut, sentiasa menyalahkan orang lain dan mengamalkan pilih kasih.

Amalan-amalan Yang Terpuji

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

 

  2.       Cekap, Cepat dan Tepat Tuntutan Kerja.

11 Ciri

Pekerja yang cekap, cepat dan tepat dalam melaksanakan tugasnya adalah seorang yang pandai (hafiz) dalam pekerjaannya dan dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan. Dia sentiasa peka terhadap masa, kualiti dan kuantiti kerjanya dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga sempurna dan mencapai matlamatnya dalam jangka waktu yang bersesuaian atau ditetapkan. Menurut Islam, pekerja ini menjadikan pekerjaannya sebagai amal salih dan ibadah kepada Allah pada semata-mata mendapatkan keredhaanNya jua.

Amalan-amalan Yang Terpuji

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

  3.       Titih, Lutanan dan Menghargai masa Asas Kejayaan.

11 Ciri

Seorang pekerja yang titih dan lutanan menggunakan segala kepakaran dan kemahirannya dalam melaksanakan tugasnya dengan penuh kesempurnaan. Dia sentiasa mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi dan akan sentiasa berusaha pada memastikan sesuatu yang dihasilkannya itu bermutu tinggi serta menepati kehendak. 

Masa adalah bagaikan emas, berharga dan dihargai. Dengan menggunakan waktu bekerja sebaik-baiknya secara produktif dan berkesan dan bukannya berlengah-lengah atau sambil lewa sahaja, seseorang itu akan dapat meningkatkan keberhasilan dan kemajuan organisasi.

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

  4.       Berilmu,Kreatif dan Innovatif Asas Kebaktian

11 Ciri

Pekerja yang berilmu, kreatif dan inovatif mempunyai kekuatan (Al-Quwwah), ilmu pengetahuan, kemahiran, daya cipta dan daya fikir dalam merancang sesuatu secara sistematik dan strategik. Dia juga berupaya memperkenalkan serta melaksanakan kaedah-kaedah baru dalam pelbagai bentuk yang boleh memudahkan kerja dan menjimatkan tenaga, masa dan kos serta meningkatkan penghasilan dan mutu kerja. Pekerja seperti ini dapat menyumbangkan jasa baktinya secara amal jariah yang berkekalan dunia dan akhirat.

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi 

 

 

  5.       Beriltizam, Keterbukaan dan Akauntabiliti Mengukuhkan Keberkesanan.

11 Ciri

Pekerja yang beriltizam memberi sepenuh tumpuan kepada kerjanya, dedikasi, prihatin lagi disertai dengan semangat keberanian dan azam yang kuat sehingga kerjanya dapat diselesaikan dengan sempurna. Dia berusaha dengan tabah dan bersemangat waja tanpa mengenal penat lelah dan cekal menghadapi sebarang kesulitan atau kesukaran. Sifat berputus asa tidak wujud pada dirinya dan dia percaya bahawa tiada kesukaran yang mutlak yang tidak dapat diatasi. Setiap kesukaran akan dilihat dan diatasi secara objektif demi untuk membuahkan hasil atau kemajuan yang cemerlang.

 Pekerja yang ada akauntabiliti akan sentiasa melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepadanya dan memastikan objektif atau sasaran kerja yang dikehendaki dapat dicapai dengan sempurna dan berkesan. Dia juga akan melaksanakan sesuatu kerja itu dengan berlandaskan kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Dengan penekanan kepada akauntabiliti sedemikian, maka penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan sebagainya adalah sukar untuk bertapak.

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

  6.       Sabar, Tabah dan Bersopan Santun Amalan Terpuji.

11 Ciri

Seorang pekerja yang sabar dan tabah mempunyai daya ketahanan hati atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan sekeliling atau menerima sebarang kesusahan. Dalam keadaan seperti ini, dia tidak akan terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Agama Islam banyak memberi galakan supaya kita selalu bersabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, cekal dan sentiasa dalam ketenangan.

Bersopan santun dan berbudi mulia adalah juga sangat dituntut dalam Islam. Sifat-sifat ini juga amat diperlukan dalam Perkhidmatan Awam. Orang ramai atau masyarakat pelanggan sentiasa mengharapkan perkhidmaan yang mesra dan memuaskan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Dengan yang demikian, adalah sangat penting dan menjadi satu kewajipan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam untuk mengamalkan sifat berlemah-lembut, berbudi bahasa, ringan tangan, tidak camah mata dan berat mulut dalam melayan orang ramai ketika memberi perkhidmatan.

 

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

 

  7.       Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing Menambah Penghasilan.

11 Ciri

Pekerja yang produktif tidak setakat berpuas hati dan berpada kepada satu tingkat pencapaian sahaja tetapi akan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dan memperbaiki kualiti dan memperbanyakkan penghasilan dari semasa ke semasa. Dia akan berikhtiar memperbaiki sistem dan prosedur kerja dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara optima.

 Pekerja yang mempunyai daya saing yang tinggi akan mengambil segala kesempatan yang terbuka kepadanya dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan penghasilan yang lebih baik. Dia juga akan dapat mengenal pasti apa yang diperlukan untuk membawa organisasi lebih ke hadapan dan berjaya.

 

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

 

  8.       Qudwah dan Qiadah Teladan Kepimpinan.

11 Ciri

Menurut Islam tugas kepimpinan itu adalah  merangkumi semua tugas bersepadu. Segala sesuatu yang dilaksanakan oleh pemimpin adalah sentiasa terikat dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh Islam bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Nilai-nilai utama yang ditentukan oleh Islam ialah pemimpin itu mestilah taat kepada Allah dan mencontohi kepimpinan Rasulullah kerana Rasulullah itu adalah contoh pemimpin yang terbaik. Islam juga menghendaki seorang pemimpin itu berakhlak tinggi, berwibawa, sabar, tegas, bertanggungjawab, bijak merancang dan bijak melaksanakan tugas serta membuat apa yang dikatakannya.

Seorang pemimpin yang mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai kepimpinan yang dihuraikan di atas sudah setentunya dapat memberikan kesan dan contoh teladan yang positif kepada orang-orang bawahan atau orang-orang yang dipimpinnya. Sesungguhnya sifat-sifat sedemikian akan dapat menjadikan mereka pemimpin yang unggul, dimuliakan lagi dihormati, dikasihi dan disanjung tinggi. Orang-orang bawahan atau orang-orang yang dipimpinnya akan mencontohi dan mengamalkan contoh kepimpinan itu dan menjadi penggerak utama dan aspirasi kepada mereka untuk bergerak maju dan menyumbangkan khidmat bakti mereka ke jalan yang diredhai Allah demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

 

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

  9.     Setiakawan, Syura dan Bermuafakat Membawa Berkat.

11 Ciri

Bekerja secara berpasukan adalah perlu bagi melahirkan suasana kerja yang harmoni, aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Suasana seperti ini akan pasti meningkatkan hasil dan kualiti kerja. Kerja-kerja yang berat akan menjadi ringan dan dapat disempurnakan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Demikian juga halnya dalam menjalankan tugas dan kewajipan kita seharian, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat permuafakatan, yakni sentiasa bermuzakarah ataupun syura atau juga disebut dengan panggilan bermesyuarat serta berunding sesama kita khususnya dalam perkara-perkara yang besar atau rumit    di mana kita diperlukan untuk membuat keputusan dengan adil dan saksama. Keputusan yang diambil secara bermuafakat akan membawa kebaikan dan keberkatan kerana ianya lebih tepat, lebih adil dan lebih mudah diterima dan dihayati dari keputusan secara sepihak atau berdasarkan arahan semata-mata.

 

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

  10.     Berjimat Cermat Asas Kemakmuran.

11 Ciri

Pekerja yang berjimat cermat adalah mereka yang menggunakan segala sumber yang tersedia ada yang berupa harta benda, kewangan, masa dan tenaga menurut ukuran keperluan dengan cara mengambil jalan tengah iaitu tidak kurang dan tidak berlebihan.  Bagi menjimatkan kewangan, dia akan berhati-hati menggunakan peruntukan yang disediakan dengan menurut peraturan yang ditentukan serta sentiasa mengelakkan pembaziran. Pekerja yang cermat sentiasa menjaga dan memelihara harta benda awam dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya sifat berjimat cermat akan membolehkan Kerajaan mengutamakan projek-projek yang lebih ekonomikal daripada lebihan peruntukan yang tidak digunakan dan pada keseluruhannya memberikan kemakmuran kepada rakyat dan negara.

 

Islam juga mengajar umatnya supaya bersifat jimat cermat dan mencela sifat membazir dan boros. Sikap dan sifat membazir dan boros juga banyak menyebabkan manusia menderita, kerugian dan kesengsaraan. Malah orang-orang yang membazir adalah dianggap sebagai sahabat syaitan.

 

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi

 

 

 

  11.     Pemedulian Asas Perpaduan.

11 Ciri

Seorang pekerja yang bersikap pemedulian akan sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan atau kesukaran yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab serta bertindak secara positif ke arah memenuhi keperluan dan membanteras masalah tersebut.

Dalam konteks Perkhidmatan Awam pemedulian adalah satu nilai sikap dan sifat yang mengutamakan kepuasan hati pelanggan. Ciri ini perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam Perkhidmatan Awam terutama sekali mereka yang berurusan terus dengan masyarakat pelanggan atau orang ramai. Dengan mengamalkan sikap pemedulian (diiringi dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keamanahan) maka akan wujudlah suasana harmoni, sejahtera dan rasa kepuasan yang tidak terhingga di antara mereka yang memberikan perkhidmatan (pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan) dengan mereka yang menerima perkhidmatan tersebut, yakni para pelanggan atau orang ramai.

 Apabila keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan dapat diwujudkan, maka negara dan rakyat akan dapat berpadu teguh dan berganding erat membawa ibunda raya ke mercu jaya.

 

Amalan-amalan Yang Terpuji

 

Larangan-larangan Yang Mesti Dijauhi