Home | Training Programme | Programme Schedule | Photo Gallery | Personnel | Feedback

IPA INFORMATION
About IPA
Mission & Vision
Organisational chart
Contact
Location Map

 

NATIONAL CONVENTION
Convention requirement
KKC groups
Judges list
     

KUMPULAN KERJA CEMERLANG

Syarat Penyertaan Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan

  • Penyertaan ini dibukakan kepada Kementerian-Kementerian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, termasuk Jabatan-Jabatan di bawahnya.

  • Setiap kementerian hanya dibolehkan menghantar wakil sebanyak tiga kumpulan KKC yang terdiri dari pemenang-pemenang Konvensyen di peringkat Kementerian sahaja.

  • Setiap kumpulan KKC tidak lebih dari 10 orang ahli (termasuk ketua kumpulan) dan hendaklah terdiri daripada kakitangan bahagian II, III, IV dan V di semua perkhidmatan sahaja.

  • Projek yang dihadapkan hendaklah sudah dan berjaya dilaksanakan tidak melebihi tiga tahun daripada tarikh pertandingan dan tidak pernah dicalonkan untuk Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA).

  • Projek yang pernah dipertandingkan tidak akan diterima untuk menyertai Konvensyen.

  • Syarat-syarat semasa membuat persembahan, setiap kumpulan mestilah:

    • Menyatakan Nama Kumpulan

    • Menyatakan Nama Etika Kumpulan

    • Mempunyai lambang dan maknanya sekali (lambang mestilah mengikut lunas-lunas KKC dan tidak bertentangan dengan agama Islam, adat resam, kebudayaan dan undang-undang Negara Brunei Darussalam).

    • Tidak melebihi 20 minit (markah akan dipotong jika melebihi masa yang ditentukan).

    • Setiap kumpulan tidak dibenarkan mendapat bantuan semasa membuat persembahan kecuali dari ketua dan ahli-ahli kumpulan sahaja.

    • Mengikut kriteria-kriteria dan teknik-teknik KKC (QCC), jika terkeluar dari garis-garis dan etika KKC (QCC) dengan sendirinya terkeluar / tidak akan dihakimkan.

    • Sebarang perubahan terhadap projek tidak akan di terima selepas tarikh penyerahan yang ditetapkan.

    • Mana-mana kumpulan yang tidak hadir pada waktu dan masa yang ditetapkan dikira menarik diri dari pertandingan.

    • Sebelum persembahan kumpulan dimulakan, setiap kumpulan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan.

  • Setiap kumpulan yang memasuki pertandingan hendaklah menghadapkan enam salinan kertas kerja tidak melebihi 20 muka surat sebelah menyebelah dan sinopsis, bersama borang menyertaan yang lengkap dan hendaklah dihantar ke Institut Perkhidmatan Awam  pada 14 Ogos 2003 yang ditetapkan sebelum Konvensyen Kebangsaan diadakan.

  • Format kertas kerja yang dihadapkan hendaklah seperti berikut:

    • Jumlah muka surat tidak lebih daripada 20 mukasurat (sebelah menyebelah).

    • Saiz Fon

      • Tajuk (Heading):  16 -18 pt

      • Teks: 11 pt (Arial)

    • Jenis Fon: Arial

    • Langkau Baris (Line Spacing): 1.5

    • Saiz kertas: A4

    • (Margin):

      • Kiri:  1.2 inci

      • Kanan:  1 inci

      • Atas:  1 inci

      • Bawah:  1 inci

    • Penomboran muka surat

    • Melabel rujukan

  • Setiap Kementerian dikehendaki untuk mengadakan Konvensyen KKC peringkat Kementerian untuk memilih tiga pasukan yang terbaik bagi mewakili Kementerian di peringkat kebangsaan.

  • Pertandingan akan dihakimi oleh panel hakim dan keputusan panel hakim adalah muktamad.
     

IPA Institut Perkhidmatan Awam 2008