Courses | Course Schedule | Photo Gallery | Personnel | Feedback
IPA INFORMATION
About IPA
Mission & Vision
Organisational chart
Contact
Location Map

QUALITY
KKC History
TQM
Benchmarking
Balance scorecard
PIP
ISO
 

NATIONAL CONVENTION
Convention requirement
KKC groups
 

Clinical
Classroom notes
 

KKC CHAT BOX

QUALITY

Last updated : Thursday, March 17, 2011

Sejarah KKC di Negara Brunei Darussalam

Tahukah Anda?


Kebanyakan orang menganggap Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) atau Quality Control Circles (QCC) sama dengan Total Quality Management (TQM). QCC sebenarnya bermula di United Kingdom dan kemudiannya dimajukan di Amerika Syarikat. Pada tahun 1950 QCC diperkenalkan kepada Jepun oleh 2 orang pakar Amerika Syarikat: W. Edwards Deming dan Joseph M. Juran. Yang anehnya negara Jepun merupakan sebuah negara yang telah berjaya mengamalkan secara menyeluruh konsep QCC ini sehingga mengatasi United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tujuan utama Jepun menggunakan konsep QCC ini adalah untuk bergerak ke tahap prestasi yang tertinggi dan berterusan mempertingkatkan kualiti produk yang dihasilkan oleh para pekerja mereka.

Sehingga tahun 1970an barulah Konsep QCC ini merebak dengan cepatnya ke negara-negara Eropah dan negara-negara asia termasuk Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984.
 

KKC DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



QCC mula diperkenalkan kedalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam diatas inisiatif Yang Mulia Dato Paduka Hj Abd Jalil Rahman (Ketua Unit Latihan). Program QCC ini disokong sepenuhnya oleh Yang Mulia Dato Hj Md Kassim bin Hj Daud (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam). Jenama QCC kemudian di tukar kepada Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) oleh Yang Mulia Dato Hj Ahmad bin POKDGSRPLU Hj Mohd Yussof (Pengarah Perkhidmatan Awam) dengan mengambil contoh Work Improvement Teams (WITS) di Singapura dan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMMK) di Malaysia.

Seramai 43 orang pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan menghadiri kursus KKC pertama dikendalikan oleh Dr. Ismail Noor seorang pakar dari Konsultan Nor, Malaysia.

Kursus-kursus KKC dikendalikan oleh beberapa orang Pakar KMMK dari Institut Tadbiran awam (INTAN), Malaysia atas dasar Kerajaan dengan Kerajaan "G" to "G".

IPA mengendalikan Kursus KKC sepenuhnya setelah beberapa orang Pegawai Latihan berjaya mempelajari dan mendapat pengalaman dari Konsultan dan Pakar dari luar negeri sebagai seorang tenaga pengajar KKC.

Sebanyak kursus KKC dikendalikan sebanyak 24 kali dan dihadiri oleh seramai 514 orang pegawai dan kakitangan kerajaan dari beberapa buah Kementerian dan Jabatan.

Jawatankuasa Pemandu KKC ditubuhkan didalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Secara rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan KKC dalam Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam. Ketua Pengarah JPA dilantik sebagai Penasihat dan Timbalan Ketua Pengarah, JPA dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu KKC dalam Perkhidmatan Awam.

Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan Pertama dikendalikan oleh JPA. Kumpulan MAWAR dari JPA memenangi pertandingan ini dan diberi insentif menjadi pemerhati di Konvensyen QCC Kebangsaan Singapura. Seramai 7 Kumpulan menyertai: JPM (Jabatan Perdana Menteri), UKUR (Jabatan Ukur), PELINDUNG (Jabatan Kemajuan Perumahan), KESTURI (Jabatan Pertanian), SETERING 3B (Jabatan Pengangkutan Darat), QUEST (BSP) dan MAWAR (Jabatan Perkhidmatan Awam).

Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan Kali Ke-Dua dikendalikan oleh JPA. Pemenang di Konvensyen ini ialah Kumpulan JAMBATAN dari IPA yang mewakili JPA. Seramai 4 Kumpulan turut bertanding: JAMBATAN (JPA), KUMALA (JPA), TANGKAS (Bomba) dan QUEST (BSP). Kumpulan JAMBATAN berpeluang mewakili Negara Brunei Darussalam turut bertanding di Konvensyen QCC Peringkat Kebangsaan di Singapura.

Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan ditiadakan kerana kurang sambutan dari Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan. Ini menggambarkan KKC semakin berkurangan didalam Perkhidmatan Awam dan bererti kegagalan KKC mendapatkan pengaruhnya.

Penyelidikan Khas tentang penglibatan KKC di dalam Perkhidmatan Awam dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pengurusan (MSD) dengan kerjasama IPA.

 

Rasional


Negara Brunei Darussalam segera mengubah struktur organisasi Kerajaan sejak tahun 1984 selepas merdeka. Inisiatif ini merupakan usaha kerajaan memantapkan jentera pentadbiran kerajaan melalui Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan agar berfungsi dengan efektif, efisien dan ekonomi. Usaha-usaha kearah projek Produktiviti dan Kualiti ini mendedahkan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam kepada berbagai-bagai Kaedah Pengurusan yang terkini seperti: QCC/KKC, Management by Objective (MBO), Performance Improvement Planning (PIP), Performance Appraisals (PA) serta Total Quality Management (TQM) dan banyak lagi.

Konsep-konsep yang dideahkan itu banyak menitikberatkan kepada pentingnya amalan kerja secara berpasukan dan bermesyuarah dalam membuat keputusan. Amalan ini telah dapat dibuktikan oleh sektor kerajaan negara-negara maju yang lain seperti Malaysia, Jepun, Singapura serta Korea.

Terdapat 3 matlamat utama yang diwujudkan oleh KKC di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984 itu:

Sebagai etika kerja bagi semua warga Perkhidmatan Awam kerana KKC memerlukan para pekerja bekerja sebagai satu pasukan.
Memperkembangmajukan keupayaan Sumber Tenaga Manusia kerana KKC memerlukan ahli-ahlinya agar boleh berdikari.
Produktiviti merupakan isu serantau (ASEAN) dan menjadi topik utama didalam "Conference on Reform of Civil Service" diadakan di Singapura pada tahun 1987.


KKC menggalakkan "teamwork" dan penglibatan dari semua pihak didalam organisasi yang mengamalkannya. Penglibatan yang sungguh-sungguh dari pihak atasan akan dapat menjamin kejayaan KKC kerana ia boleh meyakinkan kepada para ahli untuk melibatkan diri dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab. Dengan cara ini ia boleh mewujudkan suatu organisasi yang sentiasa beristiqamah kerana Pengurusan Atasan yang penuh konfiden menurunkan kuasa dan tanggungjawab kepada pegawai yang bermotivasi tinggi kearah menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi.