Courses | Course Schedule | Photo Gallery | Personnel | Feedback
IPA INFORMATION
About IPA
Mission & Vision
Organisational chart
Contact
Location Map

QUALITY
KKC History
TQM
Benchmarking
Balance scorecard
PIP
ISO
 

NATIONAL CONVENTION
Convention requirement
KKC groups
 

Clinical
Classroom notes
 

KKC CHAT BOX

BENCHMARKING

Last updated : Thursday, March 17, 2011

PENGENALAN

"Benchmarking" dalam Bahasa Melayu adalah Penandaarasan. Konsep ini adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau "istiqamah" untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Melalui IPA, Kerajaan telah memperkenalkan konsep ini dengan hasrat Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan perkhidmatannya. Kecemerlangan pasti akan dapat kita capai dengan belajar dari kejayaan- kejayaan orang lain. Istiqamah merupakan suatu tuntutan kepada umat manusia yang inginkan kejayaan, kesejahteraan  dan kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.

Konsep Penandaarasan

Penandaarasan adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Perkhidmatan Awam Brunei mungkin akan meninjau Perkhidmatan Awam negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan lain-lain bagi meninjau dan mempelajari amalan-amalan yang telah membuktikan kejayaan cemerlang mereka terhadap sesuatu projek atau proses kemajuan yang serupa untuk dibuatkan sebagai tanda aras di negara ini. Dengan memulakan konsep Penandaarasan ini Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam akan dapat melaksanakan EMPAT langkah penting seperti berikut:

  1. mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang perlu ditambahbaik;

  2. mengenalpasti amalan-amalan terbaik bagi proses kerja berkenaan;

  3. mengkaji proses kerja berkenaan; dan

  4. menggunakan daya kreativiti untuk merekacipta semula proses kerja berkenaan sesuai dengan sosio- budaya kita kearah melaksanakan yang terbaik sahaja.

Faedah Penandaarasan

Perkhidmatan Awam akan dapat:

  1. mendorong agensi kerajaan menjalankan penambahbaikan yang berterusan;

  2. menggerakkan agensi kerajaan untuk mengamalkan konsep pembelajaran setiap masa dari pihak lain;

  3. mengelakkan kita bersikap selesa akan prestasi masakini dan merangsang kita mencari idea atau pendekatan baru;

  4. membantu warga perkhidmatan awam dalam meningkatkan kepakaran dalam suatu proses kerja;

  5. mewujudkan silaturrahim dengan rakan rujuknya dengan cara perkongsian maklumat;

  6. membolehkan agensi yang berprestasi tinggi membantu agensi yang sedang melaksanakan penandaarasan; dan

  7. melengkapkan usaha TQM.

MODEL Penandaarasan

Penandaarasan Memeriksa atau Menilai APA yang Terpenting

Pembelajaran Kejayaan Pemeriksaan atau Penilaian Penandaarasan menilai ke tahap dimana sesuatu organisasi itu berjaya mencapai misinya dari perspektif rakan rujukan utama. Adalah lebih penting penilaian di fokuskan kepada faktor-faktor misi yang kritikal sahaja. Penandaarasan yang berjaya dan berkualiti tinggi akan mengenalpasti faktor-faktor kritikal bagi mencapai kejayaan misi mereka.