|
|
tqm
Last updated :
Thursday, March 17, 2011
|
Apa
dia TQM? |
|
Budaya |
|
TQM
adalah satu singkatan bagi
Pengurusan Kualiti Menyeluruh
atau "Total Quality Management".
TQM adalah satu konsep yang
penting bagi seorang pengurus
atau kepada suatu organisasi itu
sendiri. Ia bukannya sebagai
satu fesyen pengurusan yang
berbentuk sementara bahkan
sebagai satu pendekatan jangka
panjang bagi memperbaik
pengurusan dan organisasi. TQM
bukanlah satu kaedah pengurusan
yang baru dan sebagai
pengetahuan kita bahawa ia telah
digunakan sejak tahun 50an di
beberapa organisasi di negara
Jepun dan pada pertengahan
tahun 70an di beberapa firma di
Amerika Syarikat. |
|
Perubahan-perubahan yang
diperlukan terhadap tindakan
pihak pengurusan adalah sangat
penting kerana ia mencerminkan
satu Budaya Organisasi.
Perkataan budaya yang
dimaksudkan disini ialah apabila
ada persetujuan yang dibuat
tentang: nilai, kepercayaan dan
juga panduan-panduan tatatertib
yang memelihara keolahan atau
sikap pengurus dan pekerja
didalam organisasi itu. Dari
sini lah kita dapat melihat inti
TQM itu. |
| |
| |
| |
| |
| |
TQM
|
| |
Alat
merupakan lapisan luaran dalam
TQM, Komitmen lapisan kedua dan
Budaya merupakan lapisan ketiga
jika kita gambarkan secara
grafik seperti
Rajah 1: Lapisan TQM |
|
Alat-alat dalam TQM |
|
|
TQM
terkenal dengan peralatan
statistiknya digunakan bagi
membuat sukatan-sukatan terhadap
produk dan proses. Lantas
dijadikan sebagai asas untuk
mengenalpasti masalah dan
mendapatkan penyelesaian
terhadap permasalahan yang
dikenalpasti. Peralatan yang
digunakan bukanlah alat-alat
yang sukar bahkan memang selalu
digunakan oleh seseorang
pengurus seperti:
-
Carta Gantt - Gantt
Charts
-
Carta Kawalan - Control
Charts
-
Rajah Tulang Ikan -
Fishbone Diagrams
-
Rajah Pareto - Pareto
Charts, dan lain-lain
|
|
| |
| |
| |
| |
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
Bagi
mereka yang pernah menggunakan
program KKC memang mendapati
konsep TQM ini mudah
diimplementasikan. Perbezaan
ketara diantara KKC dengan TQM
adalah dari segi keahliannya.
KKC hanya memerlukan ahli-ahli
yang bekerja dalam unit yang
sama, manakala Keahlian TQM
terbuka kepada keseluruhan
organisasi itu, biasanya terdiri
daripada pengurus-pengurus
atasan dan pertengahan sahaja
(Management Team).
Alat-alat statistik memang
penting didalam TQM untuk
membekalkan data atau informasi
yang diperlukan. |
|
|
| |
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
|
Komitmen Dalam TQM |
|
|
|
|
TQM
memerlukan komitmen jangka
panjang terhadap kualiti.
Pelaksanaan yang berkomitmen
secara berterusan memerlukan
penggunaan alat-alat serta
teknik-teknik tertentu kerana
komitmen sukar untuk dikekalkan
sepanjang masa jika tidak ada
perubahan-perubahan yang
dilakukan oleh pihak pengurusan
dalam melaksanakan suatu
pekerjaan didalam organisasinya. |
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|