Ulasan Panel Penilai
KRITERIA Penilaian
Pada keseluruhannya amatlah membanggakan
dari segi mencapaian berbanding dengan
tahun lepas.
Pengendalian Kumpulan (5 markah penuh) –
75%
Mesyuarat Pada amnya kesemua kumpulan
telah dapat melaksanakan mesyuarat
dengan baik jika dilihat dari segi
peratus kehadiran ahli dan kekerapan
mesyuarat diadakan.
Penglibatan Ahli Penglibatan ahli dalam
melaksanakan projek sangat menggalakan
dan dapat menunjukkan sikap kerjasama
yang jitu seperti: Pembentukan Nama
Kumpulan, Logo, dan Etika Kumpulan.
Pemilihan Projek (10 markah) – 61%
Tajuk Projek Sebilangan kumpulan
menyatakan tajuk projek yang berbentuk
Penyataan Pembaikan (Solution Statement)
dan hanya penyata umum sahaja. Bermula
dari sini akan menjajaskan penganalisaan
masaalah seterusnya.
Dalam pemilihan Tajuk projek hendaklah
berupa penyata permasalahan (problem
statement).
Matriks Keputusan Kebanyakkan kumpulan
menggunakan Matriks Keputusan dalam
memilih projek dan ada juga diantara
kumpulan mengambil projek daripada
Matriks yang terdahulu.
Secara keseluruhan penggunaan tools
diperingkat ini adalah di tahap
memuaskan sahaja. Perkara ini boleh
dibuat melalui proses konsensus selepas
membuat Matriks Kumpulan untuk
menambah-baikkan lagi kumpulan membuat
keputusan.
Gantt Chart Gantt Chart tidak digunakan
dengan tepat dalam merancang dan
memantau projek. Sebilangan kumpulan
hanya untuk persembahan sahaja. Ini
menggambarkan kumpulan belum cukup
matang dalam perancangan.
Pengunaan Gantt Chart adalah bertujuan
untuk membantu kumpulan dalam merancang
dan memantau perjalanan projek secara
keseluruhan.
Kriteria Pemilihan Perbaiki Kriteria
pemilihan kerana semua kumpulan membuat
kriteria yang hampir sama pada hal
projek dipilih adalah berlainan. Gunakan
daya kreatif yang lebih mencabar bagi
membentuk kriteria yang tepat.
Definisi Masalah Dan Sasaran (10 markah)
- 46%
Definisi Pada keseluruhannya masalah
memang telah dikenalpasti tetapi
kebanyakan kumpulan mendefinisikan
masalah dengan kurang tepat dan jelas.
Ini menyebabkan timbulnya kekeliruan
dalam pengumpulan fakta dan data yang
tidak dapat membantu dalam penganalisaan
masalah sebenar.
Contoh projek menyatakan Kelambatan
Dalam Pembayaran Elaun. Ianya hendaklah
didifinasikan:
• apa yang dimaksudkan kelambatan dari
segi hari atau jam dan
• dari segi pembayaran elaun apa.
Kaedah yang digunakan dalam kriteria ini
ialah 4W1H (what, where, when, who &
how) dapat membantu mendifinasikan
masalah dengan lebih jelas. Ini penting
supaya kumpulan dapat gambaran mengenai
skop projek dengan jelas dan tepat.
Data Primary dan Secondary Data Prima
(primary data) sangat mustahak digunakan
bagi mempaparkan trend masaalah.
Kebanyakan kumpulan tidak menunjukan dan
memanafaatkan data tersebut.
Data sekunder (secondary data) boleh
digunapakai bagi membantu Data Prima
tetapi perlu berhati-hati kerana data
sekunder belum tentu betul, tepat serta
sesuai.
Sasaran Kebanyakkan kumpulan membentuk
sasaran dengan tidak berasas dan kurang
mencabar. Ia nya dilakukan secara
terasing seolah-olah data dan tools lain
tidak diambil kira dalam menentukan
sasaran.
Dalam menetapkan Sasaran kumpulan boleh
lah merujuk kepada TPOR, membuat
tandaaras (benchmark) kepada
amalan-amalan yang terbaik,
kehendak-kehendak pelanggan dan
seterusnya merujuk kepada pihak
pengurusan untuk dijadikan panduan dan
sukat-sukat dalam menetapkan sasaran
projek kumpulan dan bukan sekadar
menentukan peratusnya sahaja.
Teknik Penganalisaan dan Urutan RLST (20
markah) – 72%
Tools • Penggunaan tools / teknik
penganalisaan hanyalah sederhana sahaja
seperti Tulang ikan, Carta Aliran Kerja,
Carta Gantt/Perbatuan, Carta bar,
Pareto, Stratifikasi, Carta Pie dan
line.
• Ada diantara pengunaan tools tidak
menambah nilai kepada projek.
• Tidak ada kesinambongan diantara
penggunaan satu tool dengan yang lain
RLST Pada keseluruhannya penggunaan RLST
amat menggalakkan dan sangat baik
kecuali di peringkat tindak (Act) dimana
terdapat sebilangan kumpulan yang tidak
melakukan pemantauan dan pempiawaian
dengan betul.
Bukti atau Fakta Awal Hampir keseluruhan
kumpulan tidak dapat mengujudkan bukti
atau fakta awal dengan data yang
mengambarkan bahawa masalah yang dipilih
adalah benar-benar bermasalah.
Walaubagaimanapun, sebilangan kecil
dapat mengujudkan fakta berkenaan, akan
tetapi tidak digunakan sepenuhnya semasa
penganalisaan disebabkan definisi
masalah yang kurang tepat.
Percambahan Fikiran KKC adalah kerja
berpasukan akan tetapi kebanyakan
kumpulan lemah dalam menganalisis
permasalahan secara berkumpulan. Ini
sangat nyata jika dilihat dari kuantiti
idea yang terhad hasil dari percambahan
fikiran semasa mengenal pesti
permasalahan, membuat rajah tulang ikan,
pembentukan cadangan penyelesaian.
Carta Aliran Teknik pengunaan carta
Aliran kerja kurang berkesan kerana
tidak menyatakan masa setiap aktiviti.
Ia penting bagi projek memfokus kepada
proses kerja supaya dapat mengenalpasti
di peringkat mana masalah berlaku,
terutama sekali bagi projek-projek yang
ingin mempercepatkan proses.
Tulang Ikan Sebilangan kumpulan hanya
membuat penganalisaan ditahap satu
peringkat sahaja. Adalah lebih baik dan
menepati jika kumpulan membuat
penganalisaan dengan lebih jauh lagi
iaitu ke peringkat dua dan atau hingga
ke peringkat ketiga dalam rajah tulang
ikan supaya mudah mengenalpasti
punca-punca utama. Perkara ini berlaku
disebabkan kurangnya percambahan
fikiran.
Perbandingan Ujicuba Didapati keselurhan
keputusan ujicuba kumpulan menampakkan
pembaikan yang ketara tetapi masih
kurang meyakinkan disebabkan oleh:
• ‘Data sampling’ tidak konsistan dan
tidak tepat. Perkara ini boleh
mengelirukan penghasilan dan menimbulkan
keraguan terhadap realibiliti data serta
kesahihan data keputusan ujicuba kerana
perbandingan data yang diambil sebelum
dan selepas KKC tidak seimbang.
• Membuat ujicuba ‘sampling’ dengan
menggunakan masa adalah tidak tepat
dengan aktiviti yang telah dibuat dalam
tempoh yang sama. Contoh, ada kumpulan
menggunakan tempoh masa di dalam
memungut data tetapi lebih sesuai
menggunakan jumlah sampling sebelum dan
selapas.
Rajah Pareto Penggunaan rajah Pareto
adalah kurang memuaskan kerana masih ada
kumpulan kurang faham dalam pengunaan
rajah ini. Tambahan lagi rajah pareto
ini tidak digunakan dengan sebaiknya
(less value-added) kerana tidak
mengaitkan dengan rajah tulang ikan dan
analisis-analisis lain.
Carta/Rajah Dalam Laporan Ada sebahagian
kumpulan menyertakan carta/rajah hanya
sebagai menambah keindahan laporan
sahaja dan tidak memberikan nilai
tambah. Adalah lebih baik pamerkan yang
perlu sahaja, tidak perlu satu data itu
dipamerkan dengan berbagai versi tanpa
mendatangkan faedah dalam penganalisaan
projek.
Tindakan Pembaikkan dan Perlaksanaan (15
markah) – 50%
Penyelesaian Masalah Sebilangan
kumpulan menyelesaikan masalah dengan
tidak lengkap dan hanya satu
penyelesaian sahaja dilaksanakan bagi
punca penyebab-penyebab utama. Punca
penyebab utama yang lain tidak diambil
kira. Ini menunjukan kelemahan kumpulan
dalam menggunakan rajah pokok (tree
diagram).
Kumpulan disarankan membuat Cadangan
Pembaikan bagi setiap penyebab utama
lebih dari satu untuk memberi ruang
pemilihan pihak pengurusan membuat atau
meneliti peluang lain. Cara ini sangat
mustahak kerana pihak pengurusan akan
dapat membantu kumpulan memilih
cadangan-cadangan penyelasaian yang
terbaik dan praktikal. Ini disebabkan
kurangnya percambahan fikiran.
Tree Diagram “Tree Diagram” sangat
membantu dalam merangka dan memilih
cadangan penyelesaian. Tetapi penggunaan
tools ini hendaklah dibuat dengan betul
berpandukan teknik-teknik tertentu
supaya gambaran keseluruhan cadangan
dapat diteliti dengan baik. Kebanyakkan
kumpulan tidak menggunakan tool ini.
Carta Gantt Perlaksanaan Carta gantt
bagi perlaksanaan / ujicuba projek
(carta gantt 2 iaitu dalam rancang 12)
perlu diperbaiki dan perlu seragam
dengan carta gantt 1 (Rancang 3).
Pelajari ”Alat-alat Pengurusan Projek”
(Projek Management Tool) seperti CPM –
Critical Path Method) atau software
Microsoft Project supaya urutan aktiviti
pelaksanaan projek teratur.
Tempoh Ujicuba Tempoh Ujicuba harus
sesuai atau realistik kerana ditakuti
data pencapaian tidak tepat apabila
membuat perbandingan data sebelum dan
selepas ujikaji.
Force Field Analysis Teknik pembaikan
cadangan penyelesaian menggunakan kaedah
”force field analysis” adalah sederhana.
Ada diantara kumpulan kurang yakin dan
seolah-olah cuba menghindarkan / menutup
kesan-kesan negatif bagi cadangan
penyelesaian yang dipilih.
Tujuan ”Force field analysis” adalah
untuk menilai kesan baik dan buruk
cadangan penyelesaian yang akan
dilaksanakan supaya sebelum penyelesaian
dibuat, kumpulan perlu mengatasi
permasalahan yang dijangkakan berlaku
dengan cara menyediakan langkah-langkah
tertentu untuk mengatasinya. Diharapkan
kumpulan dapat memanafaatkan teknik ini
dalam menambahbaikan cadangan
penyelesaian projek.
Alasan Ujikaji Seterusnya. Analisis
perlu dibuat sebelum melaksanakan
Ujikaji ke-2 ke-3 dan seterusnya kerana
untuk membuat ujikaji ke-dua perlu ada
alasan yang munasabah bukan sekadar
tidak puas hati dengan pencapaian
pertama tetapi perlu juga mengambilkira
mengapa tidak mencapai kesasaran yang
ditetapkan dan apa tindakan baru yang
perlu dilakukan. Rujuk kembali
ke-langkah 7 hingga 11.
Pencapaian (10 markah) – 55%
Kesan Projek Terhadap Organisasi dan
Pelanggan Syabas dan tahniah diucapkan
kepada semua kumpulan dan pihak
pengurusan masing-masing kerana wujudnya
kerjasama dan keprihatinan yang baik.
Walau bagaimanapun impaks kepada
pelanggan Luaran dan Dalaman adalah
mustahak di dalami bagi menambah nilai
pihak kumpulan dan organisasi. Perkara
ini boleh dibuat secara detail
menggunakan “Stratifikasi data”.
Sasaran Dan Pencapaian Begitu juga
terdapat kumpulan yang tidak menyatakan
dengan jelas perbezaan di antara sasaran
dan pencapaian ujikaji. Perkara ini
disebabkan data sampling tidak
konsistan.
Pempiawaian dan Pemantauan (10 markah) –
58%
Pemantauan Pemantauan projek kurang
tepat kerana kebanyakan kumpulan masih
lagi menggunapakai data ujikaji.
Pemantauan hendaklah dibuat selepas
pempiawaian dibuat. Ini dapat dilihat
kebanyakan kumpulan tidak dapat
mempaparkan ‘trend line graph’ salah
satu tools pemantauan projek.
Pempiawaian
Pempiawaian perlu diperjelaskan dengan
alasan-alasan yang meyakinkan supaya
prosedur baru dapat dikekalkan.
Disinilah pihak pengurusan berperanan
dalam memastikan prosedur-prosedur baru
digunapakai.
Penilaian Kumpulan dan Projek Akan
Datang (10 markah) – 57%
Projek Akan Datang Pemilihan Projek akan
datang dibuat dengan baik tetapi perlu
juga dikaji semula kerana ada di
antaranya sudah nyata menurun disebabkan
pelaksanaan projek sebelumnya atau ianya
dalam ketagori sebagai skim cadangan.
Faedah Ketara dan Tidak Ketara
Sebilangan besar kumpulan masih lagi
kurang berupaya membezakan diantara
faedah ketara dan tidak ketara.
Permasalahan Permasalah kurang diambil
kira oleh kumpulan sendiri dan pihak
pengurusan seperti:
• pemilihan cadangan penyelesaian,
• kebenaran pihak pengurusan sebelum
ujikaji dan
• permasalahan semasa melaksanakan
projek.
Dapat dilihat dari segi cadangan
penyelesaian yang diambil oleh kumpulan
seolah-olah sebagai skim cadangan
seperti menyediakan garis panduan
walaupun projek berlainan.
Perkara ini terjadi disebabkan
terdapatnya kekeliruan berkenaan
persembahan diantara konvensyen dengan
pihak pengurusan.
Dalam hal ini disarankan Jawatankuasa
Pandu hendaklah memainkan perananya
supaya permasalahan ini dapat ditangani.
Pembelajaran Dan Hubungan Ahli Walau
bagaimanapun dari segi pembelajaran dan
hubungan ahli dalam kumpulan secara umum
adalah sangat memuaskan.
Bukan ‘Reverse Engineering’ Projek
Projek yang cemerlang dan menambah nilai
(value added) sesuatu organisasi adalah
projek yang sebenar (real project).
Sehubungan dengan ini perlu disarankan
kepada pihak Jawatankuasa pandu
Kementerian/Jabatan supaya dapat
memastikan tidak ada projek yang
“reverse engineering”.
Persembahan (10 markah) – %
Audio Visual Aids Penggunaan Audio
Visual Aids (AVA) adalah sangat
memuaskan. Walau bagaimanapun penggunaan
alat-alat ini perlu berhati-hati dan
jangan:
• hanya sekadar menarik perhatian
penonton sahaja
• terlalu banyak animasi,
• membuat ’background’ dan teks tidak
kontras,
• membuat teks terlalu panjang dan,
• menggunakan Huruf Besar dalam texs
kerana sukar untuk dibaca,
• terlalu cepat menukar dari satu
’slide’ yang dinyatakan sehingga
penuntun tidak berkesempatan untuk
membaca ’slide’ berkenaan.
Perkara-perkara tersebut akan melarikan
tumpuan penonton daripada data yang
penting dan yang perlu diambil
perhatian.
Penyampaian Kebanyakan kumpulan tidak
menunjukkan rasa ‘enjoy’ membuat
persembahan mungkin disebabkan kurang
konfiden, gugup dan kurang bersedia.
Perkara ini boleh diatasi melalui
kekerapan latihan dan rehearsal.
Percakapan Pada keseluruhannya
persembahan adalah teratur disertai
penglibatan semua ahli. Walau bagaimana
pun “tone” percakapan bagi sebilangan
ahli haruslah diperbaiki untuk tidak
menjejaskan pendengaran penonton. Suara
lantang dan jelas adalah sebahagian
tarikan perhatian penonton. Susun
penyampaian dengan baik supaya tone
suara tidak jauh berbeza.
Pembelajaran Belajar cara bercakap dan
kurangkan membaca.
|