ULASAN PENILAIAN PERADUAN MENULIS ESEI 2007 ANJURAN INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM
Oleh Professor Hashim, University Brunei Darussalam
...Saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang penyertai peraduan menulis esei
pada tahun 2007 ini. Semua peserta mempunyai bakat dan kebolehan menulis, merujuk,
meargumentasi, memaparkan fakta dan seterusnya menilai segala perolehan dan dapatan
tentang tajuk yang dipilih. Namun kelebihan seseorang dalam peraduan ini bergantung
kepada pembacaanya yang luas, pengamatan yang tajam, mengemukakan fakta sahih dan
berathoriti, dan seterusnya menggunakan nalar untuk menilai sesuatu isu tanpa prasangka,
bias, meyakinkan dan menggunakan kelancaran bahasa yang menarik, iaitu sesuai dengan
kehendak peraduan ini yang berkehendakkan bahawa esei yang ikut serta itu haruslah
berdasarkan kajian dan berbentuk ilmiah.
Sebanyak 23 buah esei telah dinilai oleh para penilai dengan penuh teliti dan saksama,
ada yang berjaga malam, marah-marah dan ketua, tetapi peribangan emosi tetap ada.
Hampir semua esei terlalu panjang menghuraikan takrif atau definisi kata kunci kadang-kadang
yang sampai 3-4 halaman, sedangkan panjang esei yang dikehendaki sekitar 3,000 patah
perkataan.
Peraduan esei kali ini sudah ada kecenderungan untuk melihat Islam dalam management,
dengan kata-kata Islam telah dijadikan sukat-sukat dan melatari argumentasi setiap
permasalahan lain yang dikemukakan. Walaupun kadang-kadang ada yang bersifat kurang
tepat dan terlalu emosi.
Terdapat kecenderungan membuat perbandingan antara management mutakhir dengan Islam.
Dan tidak ketinggalan juga melihat keberkesanannya dalam organisasi lokal.
Sebahagian penulis sudah matang melihat permasalahan kajian iaitu dengan mengemukakan
kes study yang relevan, dan secara kebetulan barang kali mereka berada di dalamnya
atau mempunyai pengalaman dengan pokok persoalan, biarpun mereka tidak prasangka,
tidak bias dan penuh keseimbangan.
Walaupun terdapat ada fakta atau perangkaan yang sifatnya menempal-nempal, tanpa ada
alasan, namun terdapat juga fakta atau perangkaan yang sahih dan dianalisis secara
baik oleh penulisnya, terutama yang memfokuskan kepada kajian kes. Esei yang semacam
ini cukup bertenaga, kerana ia dapat mengadun hujah nalar dan fakta angka serta carta
yang diperolehinya secara sahih. Dengan itu kesahihan argumentasinya dapat dipertanggungjawapkan.
Tahniah khusus kepada penulis ini. Mungkin penulis ini berposisi baik sebagai pemenang.
Penggunaan yang malar disebut dalam hampir semua esei ini ialah mengemukakan Ayat
suci Al-Quran, hadith dan petikan titah. Perkara tersebut kadang-kadang digunakan
sekadar sarana memperkuatkan hujah, sementara argumentasinya dapat disifatkan sebagai
mendatar dan kadang-kadang sengaja dicari-cari relevansinya. Terdapat juga rentetan
beberapa titah, namun ia tidak dibangsi dan diukurtimbang dengan keperluan tajuk perbincangan.
Ada beberapa buah esei yang cukup baik dalam peringkat permulaan dan ulasannya, namun
idea dan pemaparan yang begitu baik seolah-olah terputus dan tidak sampai ke hujung,
lantas kadang-kadang apa yang dibahas/dinilai yang menjurus kepada permasalahan kajian
tidak terungkai secara mantap.
Masih terdapat peserta yang kurang sempurna meletakkan nombor foot note/nota kaki,
cara menulis rujukan, dan kekonsistenannya. Apatah lagi ada juga yang langsung tidak
mempunyai rujukan, dan kesimpulan perbincangan.
Sebahagian kecil terdapat esei yang berbentuk syarahan atau khutbah yang kadang-kadang
penulisnya kurang mengimbangi emosi. Lalu esei semacam ini kadang-kadang melarat tebasan
atau hilang punca. Lalu apa yang hendak dikemukakannya tidak disokong oleh fakta empirical,
dan tidak sering menimbulkan hal yang berpihak ?
Akhirnya saya mengharapkan kepada semua penulis yang ikut bertanding ini akan terus
mencambahkan bakat dan kebolehan anda menulis. Tulislah esei di waktu bukan peraduan.
Menulis secara bermusim ada peraduan baru menulis adalah suatu sikap yang tidak melihat
perubahan ke depan. Sekarang di negara ini terdapat beberapa buah jurnal baik terbitan
UBD, mahupun DBP, dan demikian juga terbitan luar negeri untuk menerbitkan esei-esei
dari berbagai aspek, oleh itu rebutlah peluang ini dengan sebaik-baiknya.
Faktor yang primer untuk kemantapan sesebuah esei ilmiah adalah penulisnya harus turun
ke gelanggang dengan melakukan penyelidikan, dan yang kedua ialah memalarkan membaca
sebagai budaya. Buku atau apapun bentuk penerbitannya adalah universiti yang bergerak.
Pihak penilai mengharapkan di tahun mendatang akan ada penulisan esei ilmiah yang
sifatnya mantap yang dapat mengadunkan imbangan fakta dengan imbangan nilai.
Moga perkhidmatan Awam cubalah berjinak-jinak untuk terjun ke gelanggang penulisan
kerana mereka berada di dalamnya, mereka lebih faham tentang kepastian dan kekurangan
yang terdapat di mana-mana agensi-agensi kerajaan kes study..