SURAT KELILING JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN :3/2003
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



TEMPOH LATIHAN MINIMUM PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN


Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, bagi mempastikan Perkhidmatan Awam dilengkapi dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkemahiran, berpengetahuan dan cekap, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua pegawai dan kakitangan Kerajaan sama ada dalam Perkhidmatan Tetap, Sebulan Ke 5ebulan atau pun dalam Open-Vote adalah dikehendaki untuk menjalani latihan yang terancang yang jumlahnya sebolehnya tidak kurang daripada 100 jam setahun.

2. Definasi Latihan

Yang dimaksudkan dengan latihan itu ialah semua bentuk aktibiti dan program perkembangan latihan dan program perkembangan dan peningkatan (upgrading) sumber manusia jangka pendek yang sama ada dibuat dalam jabatan (in house) atau di agensi latihan di dalam atau di luar negeri yang mungkin dipanggil dengan berbagai istilah seperti assembly, bekerja/latihan/lawatan salnbil belajar, bengkel (woksyop), colloquium, forum, kaunseling, konvensyen, latihan dalam jabatan (in-house training), latihan secara `on-line' (on-line training), muzakarah, mesyuarat, penempatan, latihan yang diberikan oleh pembekal alat/alat jentera atau pihak lain, simposium, taklimat dan sebagainya yang dimaksudkan bagi peningkatan keupayaan sumber manusia.

3. Objektif menetapkan tempoh minimum latihan

Penetapan tempoh minimum latihan ini adalah untuk:


Tatacara Perlaksanaan

i) Kementerian dan Jabatan hendaklah seboleh-bolehnya memanfaatkan peruntukan yang dikhususkan untuk latihan jangka pendek yang sedia ada serta kursus-kursus yang disediakan oleh Institut Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, jika kemudahan yang ada itu tidak mencukupi Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan bolehlah memohon peruntukan tambahan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

ii) Latihan boleh diadakan di Kementerian atau Jabatan sendiri sama ada dengan menggunakan tenaga dalaman atau pakar luaran. Jika jumlah peserta tidak mencukupi, Kementerian atau Jabatan bolehlah menawarkan kursus mereka kepada Kementerian atau Jabatan lain. Kementerian atau Jabatan yang tidak mempunyai kemudahan mengadakan kursus di bangunan sendiri juga boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Institut Perkhidmatan Awam atau Kementerian/Jabatan yang lain.

iii) Kementerian dan Jabatan juga boleh menghantar pegawai clan kakitangan mengikuti kursus-kursus pendek dalam negeri yang sering dianjurkan oleh badan-badan swasta.

iv) Kementerian atau Jabatan hendaklah menghantar maklumat mengenai program kursus tahunan jangka pendek mereka ke Institut Perkhidmatan Awam selaku penyelaras bagi tujuan pemantauan program ini.

v) Latihan-latihan yang disediakan hendaklah selaras dengan peraturanperaturan dan syarat-syarat perkhidmatan yang berjalan pada masa ini.

vi) Di akhir setiap kursus, Kerrtenterian dan Jabatan hendaklah memantau perkembangan pegawai clan kakitangan berkenaan untuk mempastikan pelaburan Kementerian clan Jabatan tidak sia-sia.

vii) Kementerian dan Jabatan hendaklah juga mengadakan sistem catatan clan pemantauan latihan bagi mempastikan setiap pegawai clan kakitangan diberikan latihan mengikut jumlah jam minimum yang ditentukan ini.

viii) Catatan latihan tersebut hendaklah dilampirkan pada borang Penilaian Prestasi setiap Pegawai clan Kakitangan untuk memudahkan pemantauannya serta menilai kesejajaran (alignment) latihan yang telah diberikan dengan bidang tugas mereka dan rancangan latihan mereka yang telah dikenalpasti semasa penilaian prestasi tahun sebelumnya.


Arahan ini berkuatkuasa mulai dari Surat Keliling ini dikeluarkan.

Sekian sahaja yang dapat dimaklumkan pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.