LIBRARY FAQ


1. Bilakah waktu Perpustakaan IPA dibuka?

Isnin – Khamis : 8.00 am – 12.00 pm | 2.00 pm – 4.30 pm

Sabtu : 8.00 am -12.00 pm | 2.00 pm – 3.30 pm

Kecuali hari Jumaat dan Ahad, serta Hari-Hari Kelepasan Awam.

 

2. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Perpustakaan dan membuat peminjaman buku?

Perpustakaan IPA dibukakan kepada orang awam untuk membuat rujukan, akan tetapi peminjaman hanya dibenarkan bagi Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan KDYMM sahaja dengan mengisikan borang ahli terlebih dahulu.

 

3. Bagaimanakah cara memohon menjadi ahli dan apakah dokumen yang diperlukan?

Hendaklah terlebih dahulu mengisikan dengan LENGKAP borang ahli yang boleh didapati di kaunter perpustakaan dengan menyertakan :

a. Sekeping gambar terbaru berukuran passport.

b. Satu salinan kad pengenalan.

Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.

 

4. Bagaimanakah cara untuk membuat peminjaman?

Pegawai/ Kakitangan akan dibenarkan membuat peminjaman jika borang ahli dan dokumen yang diperlukan sudah pun lengkap dengan mengisikan borang peminjaman setiap kali membuat peminjaman.

 

5. Berapa buah buku yang boleh dipinjam dan dalam tempoh masa berapa lama?

Peminjaman adalah TERHAD kepada dua buah buku sahaja bagi tempoh dua minggu.

 

6. Adakah dikenakan denda jika terlewat memulangkan buku?

Jika terlewat memulangkan buku, surat atau memo akan dikirim kepada ketua jabatan, akan tetapi tidak dikenakan denda.

 

7. Bagaimana jika buku hilang?

Jika buku hilang, peminjam dikehendaki mengganti dengan terbitan yang sama dan jika tiada hendaklah mengganti dengan nilai wang yang akan ditetapkan oleh pihak perpustakaan.

 

8. Bagaimana ingin menyambung buku-buku yang telah tamat tempoh peminjaman?

Hendaklah memaklumkan pihak Perpustakaan samada melalui panggilan telefon di talian +673 2452210 ext 119 atau membuat pembaharuan tempoh peminjaman di kaunter Perpustakaan IPA.

 

9. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di dalam Perpustakaan IPA selain peminjaman buku?

  • Photocopy dan Printing
  • Laminating
  • Binding
  • Scanner
  • Computer
  • Meeting Room
  • Discussion Room
  • Time Out Room
  • Breastfeeding Room